Punca Tangan Berkedut
Orang yang dah meningkat usianya, memang akan mengalami permukaan kulit tangan yang berkedut sebab kurangnya kolagen. Memang itulah lumrah kehidupan alam kan. Tapi, kita mampu mencegahnya. Sebelum mencegah kita haruslah perlu tahu punca kepada masalah ini.
Pertama, jika tangan anda seringkali terdedah kepada penggunaan bahan kimia khususnya sabun basuh pinggan. Walaupun tangan kita mengandungi kulit yang tebal tapi jika bahan kimia tersentuh setiap hari maka ia akan memberi kesan.
Kedua terdedah kepada matahari. Radiasi daripada matahari boleh mengeringkan kulit tangan dan menyebabkan garis halus mula timbul.
Pemakanan yang tidak seimbang turut menjadi puncanya. Kekurangan zat dan protin kerana diet yang salah sel kulit tidak dapat diperbaharui dengan ‘proper way’ hingga menyebabkan kulit cepat berkedut.
Jadi, untuk mengelakkan tangan kelihatan lebih tua, pastikan anda menjaga betul-betul tangan. Supaya tangan sentiasa kekal muda.
No comments: