MASKER RAMBUT ANDA JIKA....

7 years ago





Makanan saja tak cukup untuk menyalurkan vitamin yang diperlukan rambut sebab rambut adalah tempat terakhir yang akan menerima segala nutrisi selepas pengagihan pada kawasan lain dalam badan.


Jadi tak hairan jika rata-rata wanita dan lelaki alami masalah rambut. JIka anda alami masalah rambut yang teruk, wajib untuk anda amalkan tips ini agar rambut kembali sihat.

Amalkan pemakaian masker seminggu 2 kali. Masker yang berlainan mempunyai fungsi yang berlainan. Namun yang kerap digunakan ialah seperti, minyak kelapa, avocado, madu, dan telur.

MASKER MADU + KELAPA
Campurkan 1 kelapa dan 1 sudu madu. Sebatikan dan masukkan dalam bekas untuk dipanaskan sehingga ianya cair. Pakaikan pada rambut ketika sudah sejuk. BIarkan 20 minit dan bilas.
Amat bagus untuk menguatkan akar rambut sekaligus memberikan rambut sinar.


MASKER AVOCADO
Untuk memiliki rambut yang tidak bercabang, lembap dan tidak keras anda digalakkan melakukan masker avocado.
Campurkan 1 biji avocado, 2 biji telur, 1 sudu madu dan 1 sudu minyak kelapa. Sebatikan dan sapu pada rambut sehingga akar dan hujung. Biarkan 20 minit dan bilas.


No comments:

Powered by Blogger.