Ini Jalan Penyelesaian Mudah Bagi Kuku Yang Tak Cantik Tu...
Ala, kena pergi spa kuku ke? Kalau mampu pergilah. Tapi kalau tak mampu boleh je buat di rumah. Nak tahu caranya macam mana?
STILETTO
Kalau anda penggemar kasut stiletto, anda pasti tahu tapak kasut itu tersangatlaah tinggi dan tajam. Begitulah juga dengan kuku jenis stiletto. Bentuk kukunya yang panjang dan tajam dihujungnya mampu melayakkan anda menjadi PONTIANAK. Hehe.
SQUOVAL
Bagi mereka yang sukakan bentuk hujung kuku lurus tapi tidak suka bahagian tajam boleh ubahkan kepada ‘curve’. Bentuk kuku ini dipanggil squoval. Kebiasaannya bentuk kuku jenis squoval digunakan oleh gadis yang ingin menghadiri sesuatu majlis.
SQUARE/SEGI EMPAT
Square merupakan bentuk kuku yang terkenal di French dengan bahagian kuku yang lurus di hujung dan tajan di bahagian tepi. Sekiranya anda selalu mengalami cekam kuku, bentuk square ini adalah digalakkan.
BALLERINA
Sebut ballerina mesti terfikir penari ballet kat atas pentaskan? Natijah nama penggunaan disebabkan bentuk kuku seperti kasut ballerina. Panjang dan tirus seperti kuku jenis stiletto tapi lurus di hujung. Jika anda bercita-cita untuk menjadi penari ballet tapi tidak tercapai bolehlah buat kuku macam ni. Setidaknya title ballerina ada dalam diri.
ROUND
Wanita yang memiliki kuku jenis pendek digalakkan untuk
memotong kuku bulat. Bagi mereka yang memiliki jari terlampau kurus, potong
kuku dengan cara ini boleh memberi kesan jari lebih berisi. Kalau dah penatlah
dengar orang mengata anda keding macam tali raffia, WAJIB cuba dan tunjukkan
pada mereka yang mengata bahawa anda sudah gemuk dari sudut jari.
OVAL
Kalau mereka di luar sana memiliki jari yang pendek dan
gemuk, disarankan untuk memotong kuku jenis oval. Bentuk kuku oval sama seperti
round tapi cara potongannya di bahagian hujung lebih panjang. Tapi perlu dijaga
dengan teliti kerana dikhuatiri kuku depan mudah patah.
Okay, diharap entri kali ini membantu anda untuk buat keputusan keadaan jari yang sesuai untuk potong kuku dengan bentuk apa ya :)
Admin Beauty Cadet
22/5/2018
No comments: