Rendang-Rendang Serata Negeri
Rendang Orang Nogori
Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 - 1 1/2 kotak santan kotak
2 - 4 batang serai - ketuk
2 sudu besar cili kering kisar - opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan
1 keping asam keping
4 keping daun limau purut - opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula
Sedikit serbuk kunyit - jika perlu
Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
7-10 tangkai cili padi kampung - boleh tambah
4 hirisan nipis lengkuas
Cara cara:
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini. Saya memang suka rasa dan bau daun limau purut. Atau boleh juga masukkan daun kunyit.
Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.
Rendang Tok
Bahan-bahan :
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.

Rendang Ayam Johor
Bahan2 kisar:
10 batang lada kering (gunting kecil buang sedikit biji cili dan rendam sekejap)
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai (hiris kecil terlebih dahulu)
Secubit belacan ( pandai2lah ikut size jari kalo tembam tu cubit skit pon cukup dah)
Bahan tumis:
2 biji Bunga lawang
1 keping Kulit kayu manis
3 biji Buah pelaga
Bahan2 lain :
1 ekor ayam potong kecil
3 helai daun kunyit
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar kerisik
3 helai daun limau purut
2-3 helai daun kunyit dihiris halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 keping asam keping
1 1/2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam secukup rasa
Cara-cara:
Panaskan minyak dengan api sederhana. Masukkan bahan kisar kacau sampai pecah minyak.
Masukkan rempah kari daging dan kacau sehingga sebati.
Masukkan pula bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
Ayam yang dah dicuci tadi masukkan perlahan-lahan.
Masukkan santan cair sikit2 sambil kacau perlahan. Masukkan serbuk kunyit dan kacau lagi.
Masukkan 3/4 daun kunyit. Gaul hingga sekata. Tutup dgn penutup periuk bagi ayam masak sekata.
Kuah dh agak kering dan ayam dah masak sekata dan empuk. Bolehlah masukkan baki bahan lain. Gula, serbuk pati ayam, kerisik, santan pekat, asam keping. Perlahankan api dan kacau hingga sekata.
Akhir sekali, masukkan daun limau purut.
Siap masak. Bolehlah dihidang dan taburkan baki daun kunyit atas rendang ayam anda.

Rendang Ayam Perak
Bahan-bahan:
1) 2 ekor ayam kampung, buang kulit dan dipotong kecil
2) 1/2 cawan minyak
3) 2 inci lengkuas dihiris
4) 4 batang serai diketuk
5) 1/2 kilo santan segar (2 biji kelapa)
6) 2 helai daun kunyit dimayang halus
7) 1 sudu makan/tbsp gula melaka
8) Garam secukup rasa
Bahan A: Kisar
1) 45 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas
2) 8 biji cili merah, buang biji
3) 1 cawan air
Bahan B: Kisar
1) 50g lengkuas
2) 50g halia muda
3) 50g bawang putih
4) 400g bawang merah
5) 1 sudu teh/tsp serbuk kunyit
6) 3 batang serai
7) 1/2 cawan air
Cara:
1) Panaskan minyak, tumis lengkuas dan serai sehingga serai kekuningan
2) Kemudian masukkan bahan kisar A dan masak sehingga terbit minyak
3) Masukkan bahan kisar B. Kacau selalu sehingga pekat dan terbit sedikit minyak
4) Masukkan santan. Kacau rata, masak sehingga mendidih dan kecilkan api
5) Bila kuah hampir pekat, masukkan ayam, gula melaka dan garam
6) Masak sehingga kuah agak pekat dan akhir sekali masukkan daun kunyit. Kacau sehingga rata.
Rendang Haji Mahmud Kuala Lipis
Bahan bahan
1 kg daging
2 batang serai - titik
30 gram asam jawa - bancuh dengan 1/4 cawan air panas - saya guna 1 sudu besar pes asam jawa
2.5 cawan santan
2.5 cawan minyak masak
Garam dan gula
Hiris:
100 gram bawang merah/10 ulas
10 gram bawang putih/3 ulas
Kisar berasingan:
200 gram bawang merah/20 ulas
70 gram cili kering/80 tangkai/1 mangkuk cili kisar - boleh kurangkan, jika tak mahu pedas
150 gram halia - cuma guna segenggam
7 gram kunyit hidup /1 inci
10 gram lengkuas/2 ibu jari
15 gram buah keras/5 biji
Siat siat:
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
Cara cara:
Daging dipotong dadu sebesar 2 cm x 4 cm mengikut urat.
Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris sehingga garing dan wangi.
Masukkan cili kering dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan halia, bawang merah, lengkuas dan kunyit yang dikisar dan tumis sehingga naik bau. (Saya tak kisar secara berasingan kerana nak menjimatkan masa)
Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan serai.
Masukkan buah keras yang ditumbuk bersama garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik baunya.
Masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Apabila daging keluar air dan nampak pejal, masukkan air asam jawa. Nota: Saya rebus dulu daging menggunakan pressure cooker bagi menjimatkan masa.
Masukkan santan. Sentiasa kacau dan masak sehingga kering, lebih kurang 2 jam.

Rendang Kelantan
Bahan-bahan:
1 ekor ayam kira 1.5 kg
15 biji bawang merah kecik or about 5 biji bawang besar yg tak besar sgt.
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari. (tgklah ibu jari sapa. kalo ibu jari king kong, buhlah suku inci jer)
10 biji cili merah (tapi kjee tambah about 5 biji cili api and maybe 5 biji cili kering utk pedas. resipi ori hanya cili merah)
2 helai daun kunyit diracik halus cam bunga rampai.
3 helai daun limau purut
2 batang serai
2 cawan pati santan
garam
sedikit gula
Caranya:
Potong ayam.
Blend atau kisar semua bahan2 tadi.
Tumis sampai garing semua kecuali daun kunyit dan daun limau purut serta serai ketuk2kan.
Masukkan ayam. gaul sampai sebati dengan rempah dan biarkan sampai keluar air ayam.
Pastikan air ayam mesti keluar jika nak sedap atau dalm erti kata lain kecutkan ayam tu.
lepas air ayam keluar,
Masukkan santan, daun limau purut, garam dan sikit gula
Sumber : Blogger-blogger Masakan
No comments: