Keberkesanan Aloe Vera Buat Rambut

7 years ago
Bukan muka je kena cantik tapi rambut pun supaya tak jadi macam Langsuir. Kulit kepala tak bolehlah kering. BIla kering, mulalah gatal cam ada kutu. Dan paling ramai orang nak elakkan ialah drpd kelimumur.



Ni nak share, siapa yang kulit kepala tu gatal-gatal dengan kering yang amat, gunalah aloe vera. Hasilnya, kulit kepala sentiasa lembap dan segar.

Kalau yang ada masalah rambut gugur nak botak macam tempurung kelapa elok sangat guna. Sebab enzim aloe vera menyerang sel kulit yang menyumbat folikel rambut.

Bila folikel tersumbat, rambut tak kuat dan menyebabkannya gugur. Bukan tu je, dengan amalkan aloe vera dapat menguatkan rambut seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut dek kerana kandungan airnya, 12 vitamin, 18  asam amino, 20 mineral dan 200 phytonutrien.


Kalau korang nak tahu, tumbuhan ini boleh dijadikan serum, syampo, perapi pelembap. Contohnya, kalau yang buat dermaroll rambut, selepas dermaroll, ambil isi aloe vera dan sapu pada kulit kepala untuk menyejuk dan unlock folikel rambut yang tersumbat.



Kalau nak tahu zaman kuno mungkin terjadi waktu ketika zaman Firaunlah, Ratu Cleopatra menggunakan Aloe Vera sebagai bahan untuk mencantikkan dirinya sehingga dapat menundukkan Julius Caeser. Gitu.. So, kalau anda nak terasa seperti seorang Ratu, bolehlah gunakan sentiasa aloe vera

No comments:

Powered by Blogger.