Putihkan Daki Lutut

7 years ago

Wanita berkulit putih pun juga ada yang alami masalah lutut hitam. Jadi bukan semua wanita berkulit gelap yang alami masalah ini sahaja tau. Antara puncanya ialah kulit kering yang melampau. Jom baca penuh untuk ketahui tipsnya.

1) Madu,Lemon dan Limau â€“ Campurkan sedikit jus limau atau lemon dengan sedikit madu dan sapukan ke bahagian lutut. Biarkan kering selepas itu bilas dengan air bersih. Ataupun belah dua limau purut dan gosokkan pada lutut yang hitam. 




2) Minyak Zaitun atau Minyak Kelapa Dara â€“Pastikan kulit sentiasa lembab. Caranya gosokkan minyak zaitun atau minyak kelapa dara untuk melembutkan bahagian kulit lutut. Anda juga boleh sapukan dengan losyen. 


3) Yogurt dan Kacang Badam â€“ Khasiat yogurt dan badam berkesan memulih, melembut dan memutih kulit. Kisar badam dan campurkan dengan yogurt. Sapukan pada lutut yang hitam. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.


4) Bawang Putih dan Bawang Merah â€“ Bawang merah dan bawang putih juga mujarab. Kupas kulit dan kisar tau tumbuk sebiji bawang merah dan dua ulas bawang putih. Gosokkan ke bahagian kulit lutut dan biarkan kering. Selepas itu bilas.


5) Skrub â€“ Bersihkan bahagian lutut menggunakan skrub (dibeli). Anda boleh membuat skrub sendiri. dengan campurkan dua sudu oat dengan satu sudu krim segar ataupun madu. Sapukan ke bahagian lutut, biarkan kering dan bilas.
.



W

No comments:

Powered by Blogger.