Langkah Mudah Detoksifikasi Kehidupan Anda

7 years ago

Langkah Mudah Detoksifikasi Kehidupan Anda

Kalau namanya kehidupan, kita takkan lari dari macam-macam masalah. Bukan setakat masalahje tau, tetapi kita pun takkan lari dengan makanan bertoksin. Bahkan manusia pun ada yang 'bertoksin' sapai boleh buat kita stress. Jadi bagi mengurangkan atau detoksifikasi kehidupan, daripada anasir-anasir negatif boleh ikuti langkah-langkah ini.

MINDA adalah kunci utama untuk mendapatkan kehidupan yang positif. lagi tenang. Kalau fikiran asyik bercelaru, sampai bila pun takkan bahagia. Silap hari bulan boleh masuk Hospital Rambutan. Jadi untuk mendapatkan minda yang relax, senaman yoga mampu memberikan ketenangan bahkan ianya membuatkan anda lupakan seketika perkara negatif yang sedang dialami.




Ala, yoga? Saya bukan peminat sukanlah😑. Ya, faham-faham. Tak semua orang suka bersukan. Paling koman pun sukan tidur yang korang suka. Okay, cara lain lagi untuk dapatkan ketenangan minda, anda mungkin boleh cuba untuk membaca buku kegemaran atau filem kesukaan anda. Kalau memang bukan kaki buku pergi jelah bercuti. Kalau tak tenang juga banyakkan dengar al-Quran. Lol 😁

BADAN juga salah satu cara untuk detok. Minuman detok seperti teh hijau khususnya dapat membantu lebih-lebih yang dapat mengeluarkan aromaterapi. Tak kurang sauna adalah cara yang mampu untuk membuang toksin dan detok secara semulajadi. Secara tak langsung badan pun boleh kurus.





WAJAH juga tidak terkecuali daripada toksin. Oleh itu, penjagaan wajah juga amat penting untuk mengelakkan wajah dari dihinggapi kuman dan daripada ditumbuhi jerawat. Setidaknnya anda harus melakukan sebulan 2/3 kali rawatan wajah bergantung pada jenis kulit dan masalah. Untuk produk jangan gatal-gatal tangan guna produk yang mengandungi bahan seperti paraben, merkuri, atau bahan bahaya yang lain. Kalau tidak, jadi zombie😔

Dapatkan produk yang menggunakan bahan semulajadi dan selamat. Contohnya seperti MBH Dermacare.




Tak perlu ambil supplemen yang boleh membahayakan kesihatan. Maklumlah kita sedia maklumkan penggunaan pil-pil boleh jejaskan tahap kesihatan yang makin teruk sampaikan ada yang meninggal. Jadi, dengan lakukan sendiri adalah lebih selamat.

Sekiranya tidak mampu, anda perlu sentiasa memakai pencuci muka, toner, serum dan pelembap.


MBH Beauty Cadet
17.05.18





No comments:

Powered by Blogger.